Wednesday, March 09, 2011

Petua Penjagaan Muka..mudah sajaaa :)

1. Untuk mendapatkan kulit muka yg halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. kemudian, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. setelah itu bersihkan muka dgn air suam. tomato juga berfungsi utk membersihkan kulit.

2. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi,kacau hingga sebati. setelah itu pupurkan pada muka dan biar hingga 15 minit sebelum dibilas dgn air bersih

3. Untuk menegangkan kulit muka, ambil sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun mestilah dihancurkan sehingga lumat. kemudian campurkan kedua-dua bahan dengan sedikit air. kemudian sapukan pada muka dan biarkan kering. setelah itu, basuh dgn air bersih

4. Petua untuk menghilangkan jerawat pula, campurkan sedikit asam jawa dgn bedak sejuk. atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama-sama bedak sejuk. lumurkan pada muka yg mengalami jerawat. kemudian bilas dgn air bersih

5. Bagi mengelakkan kulit muka daripada berkedut, bersihkan sebatang lobak merah dan parutkan lobak itu. kemudian, campurkan parutan lobak dgn sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau sebati. oleskan pada muka sehari sekali

6. Daun senduduk boleh menghilangkan parut. ambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut

7. Tomato dan epal juga digunakan bagi melicinkan kulit. parut tomato atau epal yg cukup masak, gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

8. Susu segar bagus untuk mendapatkan kulit muka yg gebu dan licin. ambil segelas susu segar dan sapukan pada muka dan gosok-gosok hingga rata,melekit dan kering. cuci dengan air suam. lakukan dua kali seminggu

9. Wuduk yg sempurna juga dpt menambahkan seri pada wajah :)
  

dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

No comments:

Post a Comment