Saturday, March 12, 2011

Aku Nyesal Giler Kawin..

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

Thursday, March 10, 2011

Wanita-wanita Perindu Syurga..


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
01
Bertakwa

02
Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03
Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04
Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05
Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06
Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07
Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08
Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09
Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10
Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11
Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12
Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13
Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14
Berbakti kepada kedua orang tua

15
Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh


Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

Wednesday, March 09, 2011

Petua Penjagaan Muka..mudah sajaaa :)

1. Untuk mendapatkan kulit muka yg halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. kemudian, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. setelah itu bersihkan muka dgn air suam. tomato juga berfungsi utk membersihkan kulit.

2. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi,kacau hingga sebati. setelah itu pupurkan pada muka dan biar hingga 15 minit sebelum dibilas dgn air bersih

3. Untuk menegangkan kulit muka, ambil sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun mestilah dihancurkan sehingga lumat. kemudian campurkan kedua-dua bahan dengan sedikit air. kemudian sapukan pada muka dan biarkan kering. setelah itu, basuh dgn air bersih

4. Petua untuk menghilangkan jerawat pula, campurkan sedikit asam jawa dgn bedak sejuk. atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama-sama bedak sejuk. lumurkan pada muka yg mengalami jerawat. kemudian bilas dgn air bersih

5. Bagi mengelakkan kulit muka daripada berkedut, bersihkan sebatang lobak merah dan parutkan lobak itu. kemudian, campurkan parutan lobak dgn sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau sebati. oleskan pada muka sehari sekali

6. Daun senduduk boleh menghilangkan parut. ambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut

7. Tomato dan epal juga digunakan bagi melicinkan kulit. parut tomato atau epal yg cukup masak, gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

8. Susu segar bagus untuk mendapatkan kulit muka yg gebu dan licin. ambil segelas susu segar dan sapukan pada muka dan gosok-gosok hingga rata,melekit dan kering. cuci dengan air suam. lakukan dua kali seminggu

9. Wuduk yg sempurna juga dpt menambahkan seri pada wajah :)
  

dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

Wanita..dirimu begitu berharga..Kenapakah..??

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

Wednesday, March 02, 2011

HANI..

Salam 'alaik..
ada apa ya dgn tajuk post HANI??
pagi2 buta ni nk feeling sikit pasal cerita hani semalam..
waaa awat yg sedih siot sangat..mengapakah endingnya begitu? pandai encik director bermain dengan perasaan penonton ya T__T..kenapakah heroinnya patut mati di hadapan heronya? dan watak antagonis pula yg menang dlm drama ni..huuu ini x adil!! [memandai ja nk komen drama orang..haha] Overall Hani ni memang satu kisah yg memaparkan kisah tentang persahabatan,kasih sayang and3 paling penting hubungan kekeluargaan..di saat diri dilanda musibah yg siapa pun tak faham,keluargalah yg menjadi pendorong semangat untuk kita terus bangkit..yelah,masakan sapa yang dpt terima tiba2 dunia menjadi gelap seawal usia 17 tahun...kalau saya...entahlah saya dpt terima ke tak dgn ujian mcm tu..amik masa nk terima...

tp tetap ada suara2 nakal berkata..''eleh, xpalah berlakon je tu!''

berlakon memang la berlakon, tapi cuba kalian bayangkan benda ni terjadi betul2 kt family sendiri..korang rasa korang kuat tak?

dan lagi satu nk kongsi pasal sorang pemuda ni..Muhammad Hairuman Misnun, 22 tahun..kenal tak?? ahh, mesti x kenal..yg kenal Lady Gaga, Lady Gagap, Justin Bieber..(sy sendiri x minat..)

Muhammad Hairuman Misnun ni seorang pemuda yatim piatu yang menderita lebih dua bulan setelah hampir keseluruhan tubuhnya melecur teruk akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor..

saya tengok iklan di tv pun sayu mcm nak nangis ja..simpati sgt2..dan lebih menyentuh hati saya apabila melihat tgn kanan dan kiri serta kaki kirinya terpaksa dipotong untuk mengelakkan infection..bygkan la betapa besarnya dugaan Allah kpdnya..tp Allah telah berfirman, ''Allah tidak akan menguji hamba2 melebihi kemampuannya''. Allah Maha Adil..Banyak pihak telah berusaha untuk memberi bantuan yg sewajarnya..


dgn kakaknya..lihatlah keadaannya

senyuman yg terukir belum tentu dpt mentafsir 1001 perasaan di dalam hatinya

dan semoga Allah memberikan pemuda ini ketabahan yg luar biasa dan kesembuhan agar dapat menjalani kehidupan pada masa datang..Amin






dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

Tuesday, March 01, 2011

Sejarah Solat Fardhu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Shot di perkarangan Masjidil Haram ketika Solat Maghrib...
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D

Allah tarik nikmat sihat sebentar..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
Alhamdulillah....kesihatan beransur pulih..post ptg kelmarin,kesihatan sudah semakin pulih..tapi, Allah Maha Berkuasa..Allah tarik balik nikmat kesihatan tu..sudahnya, sampai skrg masih ting-tong lg ( pening )..jom sy kongsikan sedikit 'flow'nya ok!

====================================================
12.15 tgh mlm : leher terasa lenguh2..dan susah untuk tidur
12.30 tgh mlm : akhirnya tertidur jgk

DAN TIDAK TERHENTI SAMPAI DI SITU SAHAJA..
====================================================
2.30 pagi : mula berasa tidak sedap bdn..tak boleh nak tidur nyenyak..pening..ting-tong..
3.30 pagi : terjaga balik..mengelamun sambil memicit kepala..massage sniri,,kuar g dpur telan paracetamol(belagak uhh mentang2 belajar kmia..haha)dan ketiduran
4.30 pagi : dan terjaga lagi..kali ni lagi parah..urut punya urut,selawat punya selawat..rasa mcm ada smething nk terkeluar..pe lg..lari pi sink la..haaaa..thu2 la kn wtpe kat sink tu..then,rse perut kosong sgt,amik la skeping roti putih gardenia..n makan..
5.30 pagi : still x boleh tido..amik wuduk..tggu subuh..
dan...selepas subuh tertidur smpai la umi kejut pkul 10.30..

====================================================
11.00 pagi : bngun mandi..basahkan rambut pnya la berjam sebab pening tu mai balik
11.30 pagi : wekkk lg sekali..haha
12.00 tgh hri : umi masakkan bubur nasi..makan..tertidur smpai la kul 2.30

dan selepas melalui beberapa episod kesakitan yg mmg xdpt kmu mngerti di sini..Alhamdulillah..Allah izinkan sy pulih sedikit wlwpun x sepenuhnya lg..dan skrg ni sy bnr2 mngerti apa itu nikmat sihat..jd sy perlu jga kesihatan diri sy selepas ini :)

*ni gara2 skip ubat


dah habis baca? apa tunggu lagi. LIKE la :D